Posted by Dakwahku seiring dalam mentarbiyahkan diri sendiri..
On
- -
Aurat Wanita dari Firman Allah dan Hadis-hadis Nabi:
1. BULU KENINGMenurut Bukhari, "Rasulullah melaknat perempuan yang mencukur atau menipiskan bulu kening atau meminta supaya dicukurkan bulu kening."[Riwayat Abu Daud FiFathil Bari]
2. KAKI (tumit kaki)Dan janganlah mereka (perempuan) membentakkan kaki (atau mengangkatnya) agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan."[An-Nur: 31]
Keterangan:Menampakkan kaki dan menghayunkan/melenggokkan badan mengikut hentakan kaki.
3. WANGIAN"Siapa sahaja wanita yang memakai wangi-wangian kemudian melewati suatu kaum supaya mereka itu mencium baunya, maka wanita itu telah dianggap melakukan zina dan tiap-tiap mata ada zina."[Riwayat Nasaii, Ibn Khuzaimah dan Hibban]
4. DADAHendaklah mereka (perempuan) melabuhkan kain tudung hingga menutupi dada-dada mereka. "[An-Nur : 31]
5. GIGIRasulullah melaknat perempuan yang mengikir gigi atau meminta supaya dikikirkan giginya. "[Riwayat At-Thabrani]"Dilaknat perempuan yang menjarangkan giginya supaya menjadi cantik, yang merubah ciptaan Allah".[Riwayat Bukhari dan Muslim]
6. MUKA dan LEHER"Dan tinggallah kamu (perempuan) di rumah kamu dan janganlah kamu menampakkan perhiasan mu seperti orang jahilliah yang dahulu." Keterangan:Bersolek (make-up) dan menurut Maqatil sengaja membiarkan ikatan tudung yang menampakkan leher seperti orang Jahilliyah.
7. MUKA dan TANGANAsma Binte Abu Bakar telah menemui Rasulullah dengan memakai pakaian yang tipis. Sabda Rasulullah:"Wahai Asma! Sesungguhnya seorang gadis yang telah berhaid tidak boleh baginya menzahirkan anggota badan kecuali pergelangan tangan dan wajah saja."[RiwayatMuslim dan Bukhari]
8. TANGAN"Sesungguhnya kepala yang ditusuk dengan besi itu lebih baik daripada menyentuh kaum yang bukan sejenis yang tidak halal baginya". [Riwayat At-Tabrani dan Baihaqi]
9. MATA"Dan katakanlah kepada perempuan mukmin hendaklah mereka menundukkan sebahagian dari pemandangannya."[An Nur : 31]Sabda Nabi SAW, "Jangan sampai pandangan yang satu mengikuti pandangan lainnya. Kamu hanya boleh pandangan yang pertama, pandangan seterusnya tidak dibenarkan."[Riwayat Ahmad, Abu Daud dan Tirmidzi]
10. MULUT (suara)"Janganlah perempuan-perempuan itu terlalu lunak dalam berbicara sehingga berkeinginan orang yang ada perasaan serong dalam hatinya, tetapi ucapkanlah perkataan-perkataan yang baik."[Al Ahzab: 32]Sabda SAW, "Sesungguhnya akan ada umat ku yang minum arak yang mereka namakan dengan yang lain, iaitu kepala mereka dilalaikan oleh bunyi-bunyian (muzik) dan penyanyi perempuan, maka Allah akan tenggelamkan mereka itu dalam bumi."[Riwayat Ibn Majah]
11. KEMALUAN"Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan mukmin, hendaklah mereka menundukkan pandangan mereka dan menjaga kehormatan mereka."[An Nur : 31]"Apabila seorang perempuan itu sembahyang lima waktu, puasa di bulan Ramadhan, menjaga kehormatannya dan mentaati suaminya, maka masuklah ia ke dalam syurga daripada pintu-pintu yang ia kehendakinya."[Riwayat Al Bazzar]"Tiada seorang perempuan pun yang membuka pakaiannya bukan di rumah suaminya, melainkan dia telah membinasakan tabir antaranya dengan Allah."[Riwayat Tirmidzi, Abu Daud dan Ibn Majah]
12. PAKAIAN"Barangsiapa memakai pakaian yang berlebih-lebihan, maka Allah akan memberikan pakaian kehinaan di hari akhirat nanti."[Riwayat Ahmad, Abu Daud, An Nasaii dan Ibn Majah]"Sesungguhnya sebilangan ahli neraka ialah perempuan-perempuan yang berpakaian tapi telanjang yang condong pada maksiat dan menarik orang lain untuk melakukan maksiat. Mereka tidak akan masuk syurga dan tidak akan mencium baunya."[Riwayat Bukhari dan Muslim]Keterangan:Wanita yang berpakaian tipis/jarang, ketat membentuk dan berbelah/membuka bahagian-bahagian tertentu."Hai nabi-nabi katakanlah kepada isteri-isterimu, anak perempuan mu dan isteri-isteri orang mukmin, hendaklah mereka memakai baju jilbab (baju labuh dan longgar) yang demikian itu supaya mereka mudah dikenali. Lantaran itu mereka tidak diganggu. Allah maha pengampun lagi maha penyayang."[Al Ahzab : 59]
13. RAMBUT"Wahai anakku Fatimah! Adapun perempuan-perempuan yang akan digantung rambutnya hingga mendidih otaknya dalam neraka adalah mereka itu di dunia tidak mahu menutup rambutnya daripada dilihat oleh lelaki yang bukan mahramnya."[Riwayat Bukhari dan Muslim]
Categories:
Post a Comment